Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

MAJLIS HARI RAYA DAN PERTUKARAN KETUA CAWANGAN JPJ TELUK INTAN KE JPJ MANJUNG

Imej
Foto-Foto Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Serta Pertukaran Ketua JPJ Cawangan Teluk Intan Ke JPJ Cawangan Manjung. Walaupun sederhana tetapi Meriah di Serikan denga Kehadiran Adun Kawasan Changkat Jong YB. Dato' Azhar bin Jamaluddin. Terima Kasih yang tak Terhingga kepada YB Dato' Azhar Yang Sudi Hadir Ke Majlis Tersebut dan menyampaikan Cenderahati kepada Mantan KC JPJ Cawangan Teluk Intan. Tak Lupa Juga kepada Wakil Ahli Parlimen Teluk Intan, Wakil dari AADK Hilir Perak serta Wakil dari Institut Sekolah Memandu Daerah Hilir Perak dan Puspakom Teluk Intan. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

MALAM BERINAI BAKAL PENGANTIN

Imej
Majlis Berinai Bakal Pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan. Apabila Majlis Perkahwinan akan dijalankan pihak keluarga berpegang pada adat Melayu iaitu majlis berinai perlu dijalankan terlebih dahulu. Majlis Berinai itu mesti diadakan tiga hari sebelum majlis akad Nikah dilangsungkan. Konon ceritanya untuk menaikkan seri Pengantin. Kalau Pihak perempuan adat ini dijalankan untuk menentukan status perempuan yang mahu dikahwini. melihatkan warnanya. Kalau Inai itu merah bermakna gadis itu masih suci lagi. Wallahualam

RUMAH KAMPONG

Imej
Rumah Kampong biasanya dibina dari kayu, papan dan juga zin serta berbentuk bumbung lima.  Biasanya rumah ini perlu kepakaran yang tinggi dalam pembinaannya. Ianya mempunyai ibu rumah yang terletak ditengah-tengah rumah. Ibu rumah perlu dibina terlebih dahulu sebelum dibina ruang anjung ia itu ruang tamu dan ruang dapur, bahagian tengah ibu rumah terletaknya bilik tidur. Tetapi Sekarang ini jarang dapat di temui kerana rumah yang ada sekarang dibuat dari batu dan dibina selari serta beratap genting.