SEJARAH RINGKAS TELUK INTAN
1874 John Anderson melaporkan Teluk Intan adalah satu penempatan terawal di Hilir Perak selain Pasir Berdamar , Batak Rabit dan Durian Sebatang . 1875 Teluk Intan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan oleh penjajah Inggeris setelah termeterinya Perjanjian Pangkor 1874. Bandar ini lebih lewat berbanding Durian Sebatang , Pasir Bedamar dan Batak Rabit . Pada peringkat awal, Durian Sebatang adalah pusat pentadbiran sebagai pelabuhan untuk mengumpulkan bijih timah dari kawasan Batang Padang , Bidor dan Tapah . Residen British ke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low). Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low , mal...