CORAT CORET HARI KELUARGA JPJ TELUK INTAN

Suasana tenang di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Menceritakan segala-galanya. Betapa mesranya dikalangan Pegawai dan Kakitangan JPJ Teluk Intan bersama keluarga. Boleh bekerjasama dalam apa keadaan pun. Ini lah semangat yang harus diterapkan sampai bila-bila. Kerjasama yang di tunjukkan di antara ahli keluarga amat membanggakan. Betapa meriahnya Sambutan Hari Keluarga JPJ Teluk Intan di Purnama Beach Resort, Teluk Nipah Pulau Pangkor.

Sebahagian daripada keluarga JPJ Teluk Intan sedang menunggu Ferry di Jetty Marina. Seri Manjung.
                                                           

Zulaikha danSuami turut menyertai Rombongan keluarga JPJ Teluk Intan ke Pulau Pangkor



Walaupun sudah tidak bersama dengan JPJ tetapi Hani dan Suami tetap ikut serta.






Keluarga Tn. Md Ramli turut serta memeriahkan hari keluarga JPJ Teluk Intan



Kakitangan JPJ Teluk Intan yang turut serta rombongan Hari Keluarga  di Pulau Pangkor.

 Selamat sampai di Jeti Pulau Pangkor


Tampak ceria di kalangan Kakitangan JPJ Teluk Intan Apabila telah selamat sampai di Pulau Pangkor.



Ketibaan Tetamu di Purnama Beach Resort Disambut oleh Cik Mahani dan Pn. Jamiyah




Para Peserta Hari Keluarga sebelum Chek In kedalam Bilik masing-masing. Sebelum acara seterusnya untuk melengkapkan Jadual.



Sukaneka hari keluarga JPJ Teluk Intan di Wakili oleh empat kumpulan yang  hebat.  Kumpulan Merah di Ketuai Oleh: En. Saaidon, Kumpulan Hijau Di ketuai Oleh En. Rahim, Kumpulan Kuning di Ketuai Oleh Tuan Ramli dan Kumpulan Biru di Ketuai Oleh En. Asrul. Antara Acara Sukan yang di jalankan ialah : Mengisi Air dalam botol, Balingan Kasih, Mengutip Coklat khas untuk kanak-kanak, Membawa Bola Pingpong dengan menggunakan sudu, Meniup Belon, Tarik Tali dan Sulaman Kasih khas untuk ibu-ibu mengandung. Walaupun Sederhana tetapi Meriah.



Acara Mengisi Air dalam botol dengan menggunakan Span. Yang di ungguli oleh kumpulan Merah.







Acara mengutip coklat yang khas untuk kanak-kanak, menambahkan lagi kemeriahan sukaneka hari keluarga JPJ Teluk Intan. Acara ini di menangi oleh Adik Afifah dari Kumpulan Hijau yang paling banyak mengutip coklat. Tahniah untuk Adik Afifah kerana berjaya mengalahkan peserta yang lain.











Acara yang agak menarik perhatian didalam permainan Sukaneka hari keluarga JPJ Teluk Intan ialah membawa bola pingpong dengan sudu. Tangan di taruh kebelakang, sudu digigit dan bola pingpong diletakkan diatas sudu sambil berlari. Dengan kerjasama yang terjalin didalam pasukan, Pasukan Hijau telah menang dalam acara ini.









Meniup Belon di kalangan kanak-kanak antara acara yang mencuit hati para peserta hari keluarga. Dimana belon-belon harus ditiup hingga meletup. Acara ini juga di ungguli oleh Wakil Keluarga Kumpulan Hijau. Tahniah Kumpulan Hijau Memang hebat.























Acara yang paling panjang masa yang diambil iaitu permainan Balingan Kasih antara pasangan suami isteri atau pasangan adik beradik. Membaling Telur dan disambut oleh pasangan masing-masing. Sehingga telur itu pecah dan gagal disambut oleh pasangan masing masing. Acara ini di menangi oleh Pasangan Hafizah dan suami dari kumpulan Hijau.









Permainan Sulaman Kasih. Dalam sigmen khas yang ditaja ini di menangi oleh pasangan Radhi dan Isteri, Wakil dari Kumpulan Kuning. Permainan ini khas untuk pasangan yang mengandung. Cara permainannya ialah menyulam benang di kotak yang telah dibentuk seperti hati.














Acara Kemuncak dan permainan terakhir ialah Tarik Tali. Dua pasukan bertarung beradu kekuatan iaitu Pasukan Ketua Cawangan dan Pasukan ketua IPZ. Acara ini di menangi oleh Pasukan Ketua Cawangan dalam Straight Set.

Hadiah bagi Permaian Tarik Tali disampaikan oleh Ketua Pembantu Tadbir Hj. Kushairi dan mengakhiri acara sukaneka hari keluarga JPJ Teluk Intan.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SESUMPAH

SEJARAH RINGKAS TELUK INTAN