Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH MALAM PERTAMA HINGGA KE MALAM 30

1.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama   Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.  2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.  3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. 4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.  5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.  6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurnia

MUTIARA KATA

Imej

MAJLIS PERKAHWINAN EN. SYAHRIL DI KEPALA BATAS KEDAH DARUL AMAN

Imej
Selamat Pengantin Baru di Ucapkan Kepada En. Syahril bin Kasim dengan pasangannya yang telah berlangsung pada hari ahad 22/06/2014. Selamat menempuh hidup baru serta menjadi keluarga yang sakinah. Semoga dikurniakan anak yang salleh dan solehah serta dilimpahi rezeki yang barakah. Kalian  telah disatukan oleh Allah SWT, dua hati yang dahulu terpisah, kini telah berpadu menjadi satu, dan kuat atas perjanjian pernikahan. selamat berbahagia En. Syahril dan pasangan, semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat di dunia dan di Akhirat.

TUHAN BERI AKU CINTA

SEJENAK DI KEM PLKN DESA RIMBA, KUALA KANGSAR

Imej
  Bukit Jenalik Jel;as Dapat di lihat Dari Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar. Suasana Bukit yang menghijau meredupkan pandangan tapi hakikat nya panas yang melanda. Berselfie semasa berada di perkarangan Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar. Keindahan Suasana di persekitaran Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar nampak tenang dan mendamaikan. Wirawati bersemangat Waja mengharung Latihan yang menggental kan semangat. Agar menjadi rakyat yang berguna di masa hadapan. Berselfie  untuk diabadikan sebagai kenangan Pemandangan Indah Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar yang dipagari oleh Kehijauan Bukit Jenalik, Sauk Kuala Kangsar.

LAWATAN TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN KE JPJ CAWANGAN TELUK INTAN

Imej
YB. Datuk  Ab. Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia sedang beramah mesra dengan seorang  pelanggan yang sedang berurusan di Kaunter JPJ Teluk Intan.  Sempena lawatan beliau  ke  JPJ Teluk Intan. YB. Datuk Ab. Aziz Karpawi sedang mendengar Penerangan Tentang Pejabat JPJ Teluk Intan daripada Ketua Cawangan JPJ Teluk Intan En. Md. Ramli Bin Jelani dan di perhatikan oleh Tuan Pengarah JPJ Negeri Perak.  Seisi Taklimat bersama Tuan Pengarah JPJ Negeri Perak bersama Timbalan Menteri Pengangkutan di Bilik Mesyuarat JPJ Teluk Intan. YB. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia sedang memerhatikan salah seorang Pembantu Tadbir JPJ Teluk Intan sedang memproses permohonan daripada Pelanggan dengan wajah yang ceria melayani kerenah Pelanggan. YB. Timbalan Menteri Pengangkutan sedang bertanyakan sesuatu dengan Pelanggan yang sedang berurusan di kaunter JPJ Teluk Intan. Dimana Pembantu Tadbir kaunter sedang memproses permohonannya Ketua Cawangan J