LAWATAN TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN KE JPJ CAWANGAN TELUK INTAN


YB. Datuk  Ab. Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia sedang beramah mesra dengan seorang  pelanggan yang sedang berurusan di Kaunter JPJ Teluk Intan.  Sempena lawatan beliau ke  JPJ Teluk Intan.


YB. Datuk Ab. Aziz Karpawi sedang mendengar Penerangan Tentang Pejabat JPJ Teluk Intan daripada Ketua Cawangan JPJ Teluk Intan En. Md. Ramli Bin Jelani dan di perhatikan oleh Tuan Pengarah JPJ Negeri Perak. 


Seisi Taklimat bersama Tuan Pengarah JPJ Negeri Perak bersama Timbalan Menteri Pengangkutan di Bilik Mesyuarat JPJ Teluk Intan.


YB. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia sedang memerhatikan salah seorang Pembantu Tadbir JPJ Teluk Intan sedang memproses permohonan daripada Pelanggan dengan wajah yang ceria melayani kerenah Pelanggan.


YB. Timbalan Menteri Pengangkutan sedang bertanyakan sesuatu dengan Pelanggan yang sedang berurusan di kaunter JPJ Teluk Intan. Dimana Pembantu Tadbir kaunter sedang memproses permohonannya


Ketua Cawangan JPJ Teluk Intan Tuan Md. Ramli Jelani sedang memberi penerangan semasa Taklimat sempena Lawatan Timbalan Menteri Pengangkutan di Bilik Mesyuarat JPJ Cawangan Teluk Intan.


Timbalan Menteri Pengangkutan Yb. Datuk Ab. Aziz Karpawi. Sedang Menanda tangani buku Lawatan di dalam Bilik Mesyuarat JPJ Cawangan Teluk Intan.


Yb. Timbalan Menteri Pengangkutan tersenyum keluar dari Bilik Mesyuarat setelah mendengar taklimat dari Ketua Cawangan JPJ Teluk Intan, Sempena lawatan singkat beliau ke JPJ Cawanmgan Teluk Intan.

Pada 27/05/2014 JPJ Teluk Intan telah menerima Lawatan Timbalan Menteri Pengangkutan Yb. Datuk Ab. Aziz Karpawi. Betapa beruntungnya JPJ Teluk Intan menerima Lawatan tersebut, sekurang-kurangnya Yb. Timbalan Menteri dapat mendengar segala masalah yang di hadapi oleh JPJ Cawangan Teluk Intan. Segala-galanya telah di luahkan oleh Ketua Cawangan En. Md. Ramli bin Jelani dalam seisi taklimat yang diadakan sempena Lawatan Beliau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SESUMPAH

SEJARAH RINGKAS TELUK INTAN

CORAT CORET HARI KELUARGA JPJ TELUK INTAN