LELAKI ADA SEMBILAN AKAL DAN SATU NAFSU, PEREMPUAN ADA SEMBILAN NAFSU DAN SATU AKAL
ASSALLAMMUALAIKUM
Jom Kita berbicara tentang Kenapa lelaki mempunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? dan kenapa wanita mempunyai 9
Nafsu dan 1 Akal....
Dalam hal ni kaum adam dan kaum hawa tidak puas hati...ada kaum adam kata
"banyak juga akal kaum adam..tapi nafsu sikit..."ada pula kaum hawa
kata "ish..jahat sangat ke aku ni sampai banyak nafsu...tapi akal aku
sikit je.."
Sebenarnya dalam konteks ni yg dimaksudkan lelaki mempunyai 9 akal dan 1
nafsu adalah mereka ada 9 fikiran dan 1 emosi...manakala wanita pula yg
dimakasudkan dgn 9 nafsu 1 akal ialah 9 emosi dan 1 fikiran...
Cuba anda fikir-fikirkan…?
Pertama kenapa kaum wanita diberi satu keistimewaan iaitu beranak..? kenapa?..kenapa
lelaki tidak…?
kerana wanita ada 9 emosi...wanita ni seorang yang penyayang. Dia sanggup
membiarkan seorang Insan yang di gelar anak tinggal didalam perutnya....dia
sanggup bertahan selama 9 bulan 10 hari untuk biarkan dia tinggal didalam perut
nya...itu disebabkan wanita mempunyai banyak emosi. Oleh itu kita mesti ingat bagaimana besarnya pengorbanan seorang ibu. Renunglah Wajah ibu kita, yang mendidik kita dengan penuh kesabaran. Setiap kesakitan yang dirasainya, dihiasi dengan senyuman.
Cuba bagi kaum lelaki yg mengandung…? apa yang akan terjadi..?
tak pun suruhlah mereka ikat satu kampit beras seberat 10kg, tak payah 10
kg lah, 5 kg pun cukup untuk diikat di perutnya...apa riaksi mereka ..?. Mesti banyak rungutan yang keluar dari mulutnya. Mereka tak kan sabar untuk menghadapi beban yang sebegitu berat...sebab
mereka rasa itu seperti beban yang menyusahkan untuk melakukan pekerjaan. Tapi wanita
tidak..dia sabar..malah dia kasih lagi manusia yang ada dalam
kandungannya...itulah keistimewaan wanita...
Kedua kenapa kaum adam diamanahkan untuk menguruskan talak…? kenapa tidak wanita..?
Kerana lelaki mempunyai 9 fikiran...mereka boleh menguruskannya dengan
berfikir...bukan dengan emosi..bayangkanlah sekiranya kuasa talak di bawah
kuasa isteri sudah tentu mereka akan mengurusnya dengan emosi..bukan dengan
fikiran..
Sekiranya talak di tangan kaum isteri..pasti banyak kaum suami telah diceraikan, dan menjadi duda.
Itulah amanah kaum adam dan itulah keistimewaan kaum adam mempunyai 9
fikiran...
ALLAH itu maha Adil dia tahu apa yang terbaik untuk kita..
Ulasan
Catat Ulasan