Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

NUKILAN TINTA TANPA SUARA

Imej
HATI SEORANG IBU "Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Dia menziarahi i!bunya dari satu waktu ke waktu yang lain.```_ _```Pada satu hari dia menerima panggilan daripada pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan nazak. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping ibunya pada saat terakhir begitu.```_ _```Dia bertanya kepada ibunya: Apakah yang ibu ingin saya lakukan untuk ibu.```_ _```Ibunya menjawab: Aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin.```_ _```Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan.```_ _```'Ibu kenapa pada saat seperti ini baru ibu pesankan perkara ini ?' Anak itu bertanya kembali.```_ _```Ibunya memberi alasan: Tidak apa anakku, ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan lapar. CUMA IBU BIMBANG NANTI SAAT ANAK

SEJARAH RINGKAS TELUK INTAN

Imej
1874  John Anderson  melaporkan Teluk Intan adalah satu penempatan terawal di Hilir Perak selain  Pasir Berdamar ,  Batak Rabit  dan  Durian Sebatang . 1875 Teluk Intan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan oleh penjajah  Inggeris  setelah termeterinya  Perjanjian Pangkor  1874. Bandar ini lebih lewat berbanding  Durian Sebatang ,  Pasir Bedamar  dan  Batak Rabit . Pada peringkat awal, Durian Sebatang adalah pusat pentadbiran sebagai pelabuhan untuk mengumpulkan bijih timah dari kawasan  Batang Padang ,  Bidor  dan  Tapah . Residen British  ke-3, Sir  Hugh Low  meminta jasa baik Gabenor  Negeri Selat  untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low). Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan  Hugh Low , malah melukis pelan pertama bandar Teluk Intan. Anson dilantik sebagai pegawai daerah Teluk Intan dan bersara 1882. 15

BUNGA-BUNGAAN

Imej
Bunga yang biasa ditanam didalam Taman-Taman atau pun yang sering menghiasi kawasan didalam Pejabat-Pejabat Kerajaan. Serta ditanam didalam kawasan perbandaran. Agar persekitaran nampak berseri. Bunga juga sering dikaitkan dengan anak-anak gadis didalam keluarga. Sebab itu apabila rombongan pihak lelaki datang untuk merisik akan didahului dengan pantun sebagai pembuka kata. Contohnya Pantun yang sering menghiasai bual bicara adat merisik: " Cantik Memanjat si Pohon Ara Nampaknya Cantik Berseri Halaman Besar Hajat Kami Tidak Terkata Hendak Memetik Bunga Di Taman Larangan" Pantun itu akan dibalas oleh Pihak Keluarga si dara yang di umpamakan Bunga Ditaman : " Katang-Katang Berisi Minyak Manik Berisi Hampas Padi Encik yang budiman sila lah Naik Secebuk air pembasuh Kaki " Begitu indahnya tutur bahasa yang dialunkan dengan niat yang baik untuk meminang sidara, anak tuan punya halaman . Dengan besar hati pihak keluarga sigadis mene

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PASANGAN AZIE DAN AKIE

Imej
SELAMAT PENGANTIN BARU Disini Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pasangan Azie dan Akie. Dimana telah selamat diijabkabulkan pada : 8/2/2016. Semoga Jodoh Kalian Berdua kekal hingga kehujung Nyawa. Kepada Tuan Ramli Boss Lama, Selamat menerima Menantu yang baru. Apa yang dibicarakan oleh Tuan Kadhi dengan Ayah Pengantin Perempuan sebelum acara akad nikah dijalankan. Mungkin memberi kebenaran kepada Tuan Kadhi untuk menjalankan tugasnya Pengantin Perempuan sedang khusyuk mendengar semasa akad nikad dijalankan, " aku Nikahkan Dikau........." Pengantin Lelaki sedang melafazkan "Aku Terima Nikahnya,,,," Semoga dengan pernikahan ini, menanbah eratkan lagi hubungan diantara keluarga Azie dan Akie. Semoga kedua Pasangan menjalankan tugas masing-masing sebagai suami isteri