BUNGA-BUNGAAN




Bunga yang biasa ditanam didalam Taman-Taman atau pun yang sering menghiasi kawasan didalam Pejabat-Pejabat Kerajaan. Serta ditanam didalam kawasan perbandaran. Agar persekitaran nampak berseri. Bunga juga sering dikaitkan dengan anak-anak gadis didalam keluarga. Sebab itu apabila rombongan pihak lelaki datang untuk merisik akan didahului dengan pantun sebagai pembuka kata. Contohnya Pantun yang sering menghiasai bual bicara adat merisik:

" Cantik Memanjat si Pohon Ara
Nampaknya Cantik Berseri Halaman
Besar Hajat Kami Tidak Terkata
Hendak Memetik Bunga Di Taman Larangan"

Pantun itu akan dibalas oleh Pihak Keluarga si dara yang di umpamakan Bunga Ditaman :

" Katang-Katang Berisi Minyak
Manik Berisi Hampas Padi
Encik yang budiman sila lah Naik
Secebuk air pembasuh Kaki "

Begitu indahnya tutur bahasa yang dialunkan dengan niat yang baik untuk meminang sidara, anak tuan punya halaman . Dengan besar hati pihak keluarga sigadis menerima para rombongan, seraya berkata

" Sungguh Tinggi sipohon Kedondong
Dipagar oleh Pohon Delima
Titah yang Murni Kami Junjung
Hukum Yang baik kami terima "

Betapa sopannya adat-adat melayu dalam menerima rombongan peminangan. Adat-adat ini harus dikekalkan hingga bila-bila. Supaya ianya tidak terhakis dari kehidupan anak cucu kita dimasa akan datang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SESUMPAH

SEJARAH RINGKAS TELUK INTAN

CORAT CORET HARI KELUARGA JPJ TELUK INTAN