BUNGA-BUNGAAN
Bunga yang biasa ditanam didalam Taman-Taman atau pun yang sering menghiasi kawasan didalam Pejabat-Pejabat Kerajaan. Serta ditanam didalam kawasan perbandaran. Agar persekitaran nampak berseri. Bunga juga sering dikaitkan dengan anak-anak gadis didalam keluarga. Sebab itu apabila rombongan pihak lelaki datang untuk merisik akan didahului dengan pantun sebagai pembuka kata. Contohnya Pantun yang sering menghiasai bual bicara adat merisik: " Cantik Memanjat si Pohon Ara Nampaknya Cantik Berseri Halaman Besar Hajat Kami Tidak Terkata Hendak Memetik Bunga Di Taman Larangan" Pantun itu akan dibalas oleh Pihak Keluarga si dara yang di umpamakan Bunga Ditaman : " Katang-Katang Berisi Minyak Manik Berisi Hampas Padi Encik yang budiman sila lah Naik Secebuk air pembasuh Kaki " Begitu indahnya tutur bahasa yang dialunkan dengan niat yang baik untuk meminang sidara, anak tuan punya halaman . Dengan besar hati pihak keluarga sigadis mene...