1874 John Anderson melaporkan Teluk Intan adalah satu penempatan terawal di Hilir Perak selain Pasir Berdamar , Batak Rabit dan Durian Sebatang . 1875 Teluk Intan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan oleh penjajah Inggeris setelah termeterinya Perjanjian Pangkor 1874. Bandar ini lebih lewat berbanding Durian Sebatang , Pasir Bedamar dan Batak Rabit . Pada peringkat awal, Durian Sebatang adalah pusat pentadbiran sebagai pelabuhan untuk mengumpulkan bijih timah dari kawasan Batang Padang , Bidor dan Tapah . Residen British ke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low). Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low , mal...
Gambar Sesumpah atau setengah orang memanggilnya Cicak Mengkarung ini aku ambil semasa aku pergi ke Pasar Teluk Intan. Aku Lihat ia sedang memanjat pokok. Aku rasa menarik juga melihat binatang dari spesis cicak yang unik dan aku merakamnya sebagai koleksi foto - foto yang agak menarik bagi aku. Kulitnya akan bertukar warna mengikut keadaan sekelilingnya. Bukan mudah nak mendapatkan gambarnya dari jarak dekat. seperti ini. Walaupun aku menggunakan kamera Kompak dengan ISO nya aku tinggikan ke 1600. Menarik dan jelas juga.
SEHARI DI BAGAN DATUK. BERADA DI DATARAN BAGAN DATUK BERSAMA KELUARA. KEBETULAN SEMASA MEMBUAT MYKAD ANAK YANG BONGSU. CUACA TIDAKLAH SEBAIK MANA. JANJI DAPAT AMBIL GAMBAR SEBAGAI KENANG-KENANGAN/
Ulasan
Catat Ulasan