SENI FOTOGRAPI
SENI FOTOGRATI merupakan sebuah media yang digunakan bagi
menghasilkan sesuatu karya atau momen penting ,melalui fotografi juga
mengundang peribahasa ” Jauh Perjalanan luas Pandangan “,melalui sekeping
gambar boleh memberi seribu kenangan. Semakin jauh melangkah l banyak
pengalaman yang di tambah. Kenangan demi kenangan akan terpahat indah di dalam
memori sanubari.Melalui sekeping gambar akan mengocakkan jiwa seseorang,dan
menjangkau kezaman lampau menembusi ruang waktu, zaman kanak kanak yang penuh
dengan kenangan yang indah,sedih dan gelak tawa. Foto merupakan sesuatu benda
yang menarik untuk dilihat dan diamati dan lebih mudah diingati jika
dibandingkan dengan apa jua jenis coretan. Ia juga memiliki nilai dokumentasi
yang tinggi kerana mampu merakam sesuatu
yang tidak mungkin akan berulang kembali.Umpamanya sesuatu peristewa yang
berlaku didalam sesebuah keluarga saperti persandingan pengantin,didalam media
media berita dan apa jua yang berlaku dapat digambarkan didalam sesebuah photo.
Seni pada fotografi sama seperti cabang seni yang lain tidak terikat dengan apa
jua fungsi dan merupakan media ekspresi atau simbol diri.Seni pada fotografi
sering disebut “Fine
art“.Karya seni yang berkualiti akan membawa perasaan dan fikiran anda
dalam bentuk visual yang tidak pernah dilihat. Seni fotografi berkait rapat
dengan kaedah ilmu yang lain, Pengaruh paling utama dengan media seni yang
hampir sama iaitu lukisan.Bagi jurugambar pula perbezaannya amat ketara
mengikut masa dan zaman, Dari era 30an hingga masa kini perbezaan yang amat
ketara ialah dari segi peralatan dan daya kreativiti jurugambar itu sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan