SENI FOTOGRAFI



Bagaimana Nak Jaga Digital Kamera?
Kamera dan anda tak dapat dipisahkan! Wah! Macam hebat bunyinya. Memang benar, ada peminat fotografi yang tak boleh berpisah dengan kamera.
Tetapi mungkin tidak semua antara kita pandai menjaga kamera digital dengan betul. Kamera digital adalah barang elektronik yang agak sensetif. Memandangkan kamera digital bukanlah sesuatu yang murah, ada baiknya kita menjaganya dengan betul.
Kebiasaanya, kamera digital amat mudah bercalar. Ini kerana kita selalu membawa ke mana-mana dan diletakkan di tempat yang tidak sesuai.
Hingga hari ini saya masih menggunakan digital kamera keluaran tahun 2006. Ianya masih seperti baru. Mari saya kongsikan tips saya menjaga kamera digital.
Lensa Kamera
Lensa kamera adalah mata kamera anda yang dapat melihat dunia. Inilah bahagian terpenting pada kamera kita. Pastikan kita tidak menyentuh lensa kamera secara terus. Untuk membuang habuk, gunakan kain yang khas diberikan semasa kita membeli kamera. Ataupun ‘blower’ yang khusus untuk kamera.  Jika tidak digunakan, pastikan kita tutup lensa kamera.
Suhu
Suhu tempat menyimpan kamera adalah penting. Elakkan meletak kamera di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari. Contohnya di dalam kereta dan sebagainya. Ini lambat laun akan menyebabkan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada getah akan mudah lekang. Jangan juga meletakkan kamera kita di tempat yang bersuhu terlalu rendah.
Penyimpanan
Jika menyimpan kamera, kita mestilah meletakkan jauh dari sumber magnet. Magnet atau cakap melayunya ‘besi berani’ boleh menyebabkan bahagian elektronik digital kamera rosak. Jadi jauhkan dari meletak kamera berhampiran dengan magnet (biasanya di speaker radio).
Ok, di sini saya kongsikan lagi satu tip. Bagi mengelakkan dari kulat halus (fungus) tumbuh pada kamera atau lensa kamera, dapatkan silica gel untuk diletakkan bersama digital kamera. Silica ini berfungsi untuk menyerap air yang terdapat di persekitaran tempat kita menyimpan kamera.
Saya juga nasihatkan rakan-rakan, mengasingkan atau cabut bateri kamera anda jika tidak digunakan. Ini bagi menggelakkan dari berlakunya ‘ corrosive leak’ (kebocoran bahagian sel yang mengeluarkan sejenis kimia).
Jaga Aksesori
Kad menyimpan data (CompactFlash, SD, MMC card) adalah antara satu aksesori penting digital kamera. Oleh kerana kad ini agak kecil, eloklah kita menjaganya dan jangan sampai tercicir semasa mengeluarkannya.
Satu lagi sebelum terlupa, untuk skrin kamera kita, sebaiknya letakkan dengan pelindung skrin (screen protector). Ini bagi mengelakkan skrin kamera daripada tercalar.
Jagalah elok-elok kamera kita. Kamera digital bukannya murah. Jaga cermat duit pun selamat!
ISO or ASA
ISO or ASA adalah bagaimana sensitif filem atau kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO. ISO adalah sama dengan ASA. ASA digunakan sehingga era 80an, selepas itu ianya dipanggil ISO.
Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan aperture dan shutter speed yang anda perlukan. Tambahkan ISO jika anda menggunakan aperture kecil dan shutter speed yang lebih pantas. Ini kerana ISO akan memberikan cahaya yang lebih untuk imej anda.
Untuk film atau ‘point and shoot’ camera, biasanya tersedia dengan ISO 50 atau 100. ISO yang lebih pantas adalah seperti ISO 800 atau 1600. Digital SLR adalah lebih sensitif kepada cahaya daripada kamera filem atau kamera digital yang berlensa tetap (fixed-lens).
Penggunaan ISO yang rendah adalah untuk mengurangkan ‘noise’ atau ‘grain’. Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih ‘grain’ berbanding dengan ISO rendah.
Shutter Speed
Shutter Speed adalah berapa lama kamera terbuka kepada dedahan cahaya untuk sesuatu imej. Kebiasaannya ia adalah pecahan kepada beberapa saat (contoh: 1/30). Lebih suram cahaya lebih lama kamera perlukan untuk cahaya bagi merakamkan imej yang baik.
Jika anda ingin mengubah pergerakan dirakamkan, gunakan kelajuan (speed) yang berlainan. 1/30 sesaat adalah biasa bagi untuk air yang mengalir tetapi 1/500 sesaat akan memberhentikan subjek. Untuk pergerakan yang pantas; orang berlari, kereta lumba, gunakan shutter speed yang tinggi melainkan anda ingin menghasilkan gambar yang kabur atau mendapatkan kesan gerak perlahan (slow motion).
Dalam asas fotografi, mengetahui kesusuaian shutter speed akan memberikan kesan yang berbeza pada subjek yang dirakam…
Tip fotografi hari ini: cuba rakamkan gambar dengan menggunakan pelbagai kelajuan (shutter speed) dan dari situ anda akan faham apa itu “shutter speed”.
Depth of Field.
Ada juga antara peminat fotografi tidak mengetahui atau memahami apa itu Depth of Field.
Depth of Field adalah kawasan (area) ketajaman (sharpness)  gambar pada lingkungan jarak dari hadapan hingga belakang.
Kebiasaannya subjek yang kita fokus akan menjadi tajam (sharp). Tetapi dengan memahami Depth of Field, selain subjek yang anda fokus menjadi tajam (sharp), subjek dibahagian hadapan dan belakang juga boleh menjadi tajam!
Ketajaman subjek yang diperolehi dari bahagian hadapan hingga bahagian belakang subjek yang difokus dipanggil Great Depth of Field. Manakala ketajaman subjek yang terhad diantara bahagian hadapan dan bahagian belakang subjek yang anda fokus dipanggil Shallow Depth of Field.
Anda perlu ingat, Depth of Field dipengaruhi oleh 3 faktor seperti aperture, focusing distance dan focal lenght.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SESUMPAH

SEJARAH RINGKAS TELUK INTAN

CORAT CORET HARI KELUARGA JPJ TELUK INTAN