Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

PENGANTIN BARU DIARAK DENGAN BECA

Imej
Pengantin Baru diarak dengan menggunakan Beca. Sempena Perkahwinan Mereka. Menjadikan ia nya kenangan seumur hidup. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Beca merupakan sebuah pengangkutan penting di Teluk Intan pada suatu masa dahulu

SENI FOTOGRAFI ( KOMPOSISI )

Imej
  ' 'Rule Of Thirds' bukanlah perkara asas (utama) dalam bidang fotografi, namun ia sering menjadi panduan hampir sebilangan besar peminat fotografi khususnya berkaitan lanskap. Melanggar panduan ini tidak juga menjadi satu kesalahan kerana ada ketika-ketikanya ia tidak sesuai digunakan khususnya berkaitan kewartawanan foto. Sebagai panduan, berikut adalah contoh pemilihan subjek menggunakan kaedah 'rule of thirds'. Kebiasaannya kedudukan garisan melintang sama ada di bahagian 1/3 dari bawah atau 2/3 dari bawah adalah untuk kedudukan garisan kaki langit (horizon). Jika anda ingin  menunjukkan lebih banyak bahagian tanah atau air (laut, sungai atau tasik), letakkan garisan kaki langit pada kedudukan 2/3 dari bawah. Rujuk foto Kiri.  Jika anda ingin menunjukkan lebih banyak bahagian langit dan awan, letakkan garisan kaki langit pada kedudukan 1/3 dari bawah. Rujuk foto Kanan. Kemudian tempatkan subjek seperti pokok, tiang, garisan dan seumpamanya

PERKHIDMATAN

KAMI SEDIA MERAKAM DETIK MANIS ANDA DALAM BENTUK VIDEO ATAU FOTO SILA HUBUNGI: RAMLAN YUSUF (019-5449953) SEKITAR DAERAH HILIR PERAK

PENGGUNAAN ISO SEMASA MENGAMBIL GAMBAR

Imej
ISO merupakan salah satu lagi function di dalam kamera DSLR slain aperture dan shutter speed yang telah di terangkan sebelum ini. Penggunaa ISO sangat penting dalam dunia fotografi untuk memastikan gambar yang dihasilkan adalah cantik dan menarik. ISO atau ASA (American Standard Assosiation) adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, manakala di dalam era digital ini dipanggil ISO. ISO diwakili dengan nombor seperti ISO 100, 200, 400, 800, 1600 dan 3200. Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang di ambil. Jika ingin mengambil gambar ditempat yang cerah seperti di bawah cahaya matahari, perlu menggunakan ISO rendah (contoh ISO 100 atau 200) untuk mengelakkan ga

SESUMPAH

Imej
Gambar Sesumpah atau setengah orang memanggilnya Cicak Mengkarung ini aku ambil semasa aku pergi ke Pasar Teluk Intan. Aku Lihat ia sedang memanjat pokok. Aku rasa menarik juga melihat binatang dari spesis cicak yang unik dan aku merakamnya sebagai koleksi foto - foto  yang agak menarik bagi aku. Kulitnya akan bertukar warna mengikut keadaan sekelilingnya. Bukan mudah nak mendapatkan gambarnya dari jarak dekat. seperti ini. Walaupun aku menggunakan kamera Kompak dengan ISO nya aku tinggikan ke 1600. Menarik dan jelas juga.