SENI FOTOGRAFI ( KOMPOSISI )
'Rule Of Thirds' bukanlah perkara asas (utama) dalam bidang
fotografi, namun ia sering menjadi panduan hampir sebilangan besar peminat
fotografi khususnya berkaitan lanskap.
Melanggar panduan ini tidak juga menjadi satu kesalahan
kerana ada ketika-ketikanya ia tidak sesuai digunakan khususnya berkaitan
kewartawanan foto. Sebagai panduan, berikut adalah contoh pemilihan subjek
menggunakan kaedah 'rule of thirds'. Kebiasaannya kedudukan garisan
melintang sama ada di bahagian 1/3 dari bawah atau 2/3 dari
bawah adalah untuk kedudukan garisan kaki langit (horizon). Jika
anda ingin menunjukkan lebih banyak bahagian tanah atau air (laut, sungai
atau tasik), letakkan garisan kaki langit pada kedudukan 2/3 dari bawah. Rujuk
foto Kiri. Jika anda ingin menunjukkan
lebih banyak bahagian langit dan awan, letakkan garisan kaki langit pada
kedudukan 1/3 dari bawah. Rujuk foto Kanan.
Kemudian tempatkan subjek seperti pokok,
tiang, garisan dan seumpamanya pada kedudukan 1/3 dari kiri atau 2/3 dari kiri
atau kedua-dua bahagian bergantung kepada kreativiti anda. Sebaik-baiknya
berada pada titik pertemuan garisan melintang dan menegak (4 tempat
kesemuanya).
Ulasan
Catat Ulasan