PENGGUNAAN ISO SEMASA MENGAMBIL GAMBAR
ISO merupakan salah satu lagi
function di dalam kamera DSLR slain aperture dan shutter speed yang telah di
terangkan sebelum ini. Penggunaa ISO sangat penting dalam dunia fotografi untuk
memastikan gambar yang dihasilkan adalah cantik dan menarik.
ISO diwakili dengan nombor seperti
ISO 100, 200, 400, 800, 1600 dan 3200. Semakin tinggi nilai ISO, semakin
sensitif sensor terhadap cahaya. Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar
yang di ambil.
Jika ingin mengambil gambar ditempat
yang cerah seperti di bawah cahaya matahari, perlu menggunakan ISO rendah
(contoh ISO 100 atau 200) untuk mengelakkan gambar menjadi terlalu
terang. Sekiranya ingin mengambil gambar di tempat gelap seperti pada
waktu malam, ISO yang tinggi adalah sesuai digunakan (contoh ISO 1600 atau
3200) untuk menghasilkan gambar yang jelas, tidak terlalu gelap.
Contoh penggunaan ISO dengan betul:
- ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
- ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
- ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
- ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
- ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Kesan ISO terhadap kecerahan gambar:
Penggunaan ISO yang rendah dapat
mengurangkan 'noise' atau 'grain' (bintik-bintik pada gambar). Penggunaan ISO
yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih 'noise' berbanding dengan ISO
rendah. Gambar akan kelihatan tidak cantik jika mempunyai terlalu banyak
'noise'. Jadi untuk mengelakkan kelihatan 'noise' pada gambar, gunakanlah ISO
yang rendah. Sekiranya tempat gelap, digalakkan untuk menggunakan flash. Gambar
dibawah menunjukkan kesan ISO terhadap 'noise' pada gambar.
Jadi, penggunaan ISO yang betul dan
sesuai adalah sangat penting dalam fotografi. Jika tidak, gambar yang
dihasilkan tidak cantik, trlalu gelap atau terlalu banyak noise. ISO juga perlu
dikaitkan dengan penggunaan aperture dan shutter speed yang
sesuai. Aperture dan shutter speed telah
pun aku terangkan sebelum ini. Harap korang dapat fahamkan perkaitan
ketiga-tiga fungsi ini dalam fotografi, barulah gambar yang dihasilkan menjadi
cantik. Sekian untuk kali ini
Wassalam..
.
Ulasan
Catat Ulasan