Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

MAJLIS HARI RAYA DAN PERTUKARAN KETUA CAWANGAN JPJ TELUK INTAN KE JPJ MANJUNG

Imej
Foto-Foto Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Serta Pertukaran Ketua JPJ Cawangan Teluk Intan Ke JPJ Cawangan Manjung. Walaupun sederhana tetapi Meriah di Serikan denga Kehadiran Adun Kawasan Changkat Jong YB. Dato' Azhar bin Jamaluddin. Terima Kasih yang tak Terhingga kepada YB Dato' Azhar Yang Sudi Hadir Ke Majlis Tersebut dan menyampaikan Cenderahati kepada Mantan KC JPJ Cawangan Teluk Intan. Tak Lupa Juga kepada Wakil Ahli Parlimen Teluk Intan, Wakil dari AADK Hilir Perak serta Wakil dari Institut Sekolah Memandu Daerah Hilir Perak dan Puspakom Teluk Intan. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

MALAM BERINAI BAKAL PENGANTIN

Imej
Majlis Berinai Bakal Pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan. Apabila Majlis Perkahwinan akan dijalankan pihak keluarga berpegang pada adat Melayu iaitu majlis berinai perlu dijalankan terlebih dahulu. Majlis Berinai itu mesti diadakan tiga hari sebelum majlis akad Nikah dilangsungkan. Konon ceritanya untuk menaikkan seri Pengantin. Kalau Pihak perempuan adat ini dijalankan untuk menentukan status perempuan yang mahu dikahwini. melihatkan warnanya. Kalau Inai itu merah bermakna gadis itu masih suci lagi. Wallahualam

RUMAH KAMPONG

Imej
Rumah Kampong biasanya dibina dari kayu, papan dan juga zin serta berbentuk bumbung lima.  Biasanya rumah ini perlu kepakaran yang tinggi dalam pembinaannya. Ianya mempunyai ibu rumah yang terletak ditengah-tengah rumah. Ibu rumah perlu dibina terlebih dahulu sebelum dibina ruang anjung ia itu ruang tamu dan ruang dapur, bahagian tengah ibu rumah terletaknya bilik tidur. Tetapi Sekarang ini jarang dapat di temui kerana rumah yang ada sekarang dibuat dari batu dan dibina selari serta beratap genting.

ALKISAH BERANI GAGAL PARA TOKOH DUNIA

Imej
Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!! -Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun! -Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”! -F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom! -Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea. -Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah! -Tho

PERKARA YANG MEMBATAL, TIDAK BATAL DAN HARI-HARI YANG DIHARAMKAN PUASA

Imej
1. Perkara-perkara yang membatalkan puasa: a)      makan dan minum dengan sengaja b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak) d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja e)      melakukan persetubuhan f)        gila walaupun sebentar g)      murtad h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib 2.  Perkara yang tidak membatalkan puasa: a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya             adalah dimaafkan. b)      Bersuntik c)      Tidur walaupun sepanjang hari d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja       Hari-hari sunat puasa: a)      pada 9 Zulhijjah (hari Arafah) b)      pada 9 Muharram (hari Tasu’a) c)      pada 10 Muharram (hari Asyura) d)      6 hari pada bulan Syawal e)      Hari Isnin dan Khamis 3.     Hari-hari diharamkan puasa: a)      Hari Raya Puasa (A

LELAKI ADA SEMBILAN AKAL DAN SATU NAFSU, PEREMPUAN ADA SEMBILAN NAFSU DAN SATU AKAL

Imej
ASSALLAMMUALAIKUM Jom Kita berbicara tentang Kenapa lelaki mempunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? dan kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal.... Dalam hal ni kaum adam dan kaum hawa tidak puas hati...ada kaum adam kata "banyak juga akal kaum adam..tapi nafsu sikit..."ada pula kaum hawa kata "ish..jahat sangat ke aku ni sampai banyak nafsu...tapi akal aku sikit je.." Sebenarnya dalam konteks ni yg dimaksudkan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu adalah mereka ada 9 fikiran dan 1 emosi...manakala wanita pula yg dimakasudkan dgn 9 nafsu 1 akal ialah 9 emosi dan 1 fikiran... Cuba anda fikir-fikirkan…? Pertama kenapa kaum wanita diberi satu keistimewaan iaitu beranak..? kenapa?..kenapa lelaki tidak…? kerana wanita ada 9 emosi...wanita ni seorang yang penyayang. Dia sanggup membiarkan seorang Insan yang di gelar anak tinggal didalam perutnya....dia sanggup bertahan selama 9 bulan 10 hari untuk biarkan dia tinggal didalam perut nya...itu disebabkan w

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH MALAM PERTAMA HINGGA KE MALAM 30

1.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama   Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.  2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.  3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. 4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.  5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.  6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurnia

MUTIARA KATA

Imej

MAJLIS PERKAHWINAN EN. SYAHRIL DI KEPALA BATAS KEDAH DARUL AMAN

Imej
Selamat Pengantin Baru di Ucapkan Kepada En. Syahril bin Kasim dengan pasangannya yang telah berlangsung pada hari ahad 22/06/2014. Selamat menempuh hidup baru serta menjadi keluarga yang sakinah. Semoga dikurniakan anak yang salleh dan solehah serta dilimpahi rezeki yang barakah. Kalian  telah disatukan oleh Allah SWT, dua hati yang dahulu terpisah, kini telah berpadu menjadi satu, dan kuat atas perjanjian pernikahan. selamat berbahagia En. Syahril dan pasangan, semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat di dunia dan di Akhirat.

TUHAN BERI AKU CINTA

SEJENAK DI KEM PLKN DESA RIMBA, KUALA KANGSAR

Imej
  Bukit Jenalik Jel;as Dapat di lihat Dari Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar. Suasana Bukit yang menghijau meredupkan pandangan tapi hakikat nya panas yang melanda. Berselfie semasa berada di perkarangan Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar. Keindahan Suasana di persekitaran Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar nampak tenang dan mendamaikan. Wirawati bersemangat Waja mengharung Latihan yang menggental kan semangat. Agar menjadi rakyat yang berguna di masa hadapan. Berselfie  untuk diabadikan sebagai kenangan Pemandangan Indah Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar yang dipagari oleh Kehijauan Bukit Jenalik, Sauk Kuala Kangsar.

LAWATAN TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN KE JPJ CAWANGAN TELUK INTAN

Imej
YB. Datuk  Ab. Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia sedang beramah mesra dengan seorang  pelanggan yang sedang berurusan di Kaunter JPJ Teluk Intan.  Sempena lawatan beliau  ke  JPJ Teluk Intan. YB. Datuk Ab. Aziz Karpawi sedang mendengar Penerangan Tentang Pejabat JPJ Teluk Intan daripada Ketua Cawangan JPJ Teluk Intan En. Md. Ramli Bin Jelani dan di perhatikan oleh Tuan Pengarah JPJ Negeri Perak.  Seisi Taklimat bersama Tuan Pengarah JPJ Negeri Perak bersama Timbalan Menteri Pengangkutan di Bilik Mesyuarat JPJ Teluk Intan. YB. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia sedang memerhatikan salah seorang Pembantu Tadbir JPJ Teluk Intan sedang memproses permohonan daripada Pelanggan dengan wajah yang ceria melayani kerenah Pelanggan. YB. Timbalan Menteri Pengangkutan sedang bertanyakan sesuatu dengan Pelanggan yang sedang berurusan di kaunter JPJ Teluk Intan. Dimana Pembantu Tadbir kaunter sedang memproses permohonannya Ketua Cawangan J